Sunday, August 30, 2009

Chicken Little.

chicken little..aku pun tak tahu kenapa aku tonton cerita kartun ni
mungkin ada unsur yang harmoni didalam cerita ini
ayam jantan, ayam betina masing-masing bekerjasama
tetapi manusia sesama bangsa dan agama pun tak tahu hendak bersatu

aku pening dan semakin jelik dengan segelintir tingkah laku manusia
yang penting hanya kuasa dan darjat
tak kiralah mereka itu beserban, berdahi hitam, yang kaki botol
semuanya sama..

1 Malaysia dilaungkan, pelbagai promosi dan penerangan dilakukan
tetapi adakah kita sebagai rakyat faham dan sedar tentang cerita tersebut
tak payah hendak di ajar oleh kerajaan sebab rakyat Malaysia dah bijak pandai
tapi sebenarnya ada segelintir manusia yang senantiasa mencari keburukan
demi menidakkan keharmonian negara...

siapakah mereka? adakah aku? atau anda...

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online