Sunday, August 30, 2009

chicken little..aku pun tak tahu kenapa aku tonton cerita kartun ni
mungkin ada unsur yang harmoni didalam cerita ini
ayam jantan, ayam betina masing-masing bekerjasama
tetapi manusia sesama bangsa dan agama pun tak tahu hendak bersatu

aku pening dan semakin jelik dengan segelintir tingkah laku manusia
yang penting hanya kuasa dan darjat
tak kiralah mereka itu beserban, berdahi hitam, yang kaki botol
semuanya sama..

1 Malaysia dilaungkan, pelbagai promosi dan penerangan dilakukan
tetapi adakah kita sebagai rakyat faham dan sedar tentang cerita tersebut
tak payah hendak di ajar oleh kerajaan sebab rakyat Malaysia dah bijak pandai
tapi sebenarnya ada segelintir manusia yang senantiasa mencari keburukan
demi menidakkan keharmonian negara...

siapakah mereka? adakah aku? atau anda...

terasa bosan yang amat sangat..
tak tahu nak buat apa
bila bangun pagi, celik mata terus nampak cahaya
pergi dapur lihat baju perlu disidai
aku lihat matahari diluar tidak kelihatan
yang ada hanya awan hitam yang menanti hujan

aku tahu matahari akan muncul
aku sabar menanti ketibaanya
ya, syukur..sang matahari muncul dengan sinarannya..
aku mula sidai satu persatu baju aku...

terasa bosan lagi, aku mula memetik gitar
menyayikan lagu apa saja yang aku tau..
dari lagu melayu hinggalah lagu mat saleh..
aku rasa lega seketika..

ermmm..terasa bosan lagi...

 

blogger templates | Make Money Online