Monday, March 30, 2009

buzzz...

apa yg aku nk tuliskan pun aku x tau lah..xde idea nk conteng2 kat blog ni hah..life aku ok, semua ok so far xde apa yg x ok lah..harap semuanya ok..amin..

korang mesti tgk AF7 kan..aku bknnya minat pun tgk AF ni tp aku ada kenal sorang aweks yg masuk AF ni..Rini..yup aku kenal dia tp dia kenal aku ke x...hehehe..pada yg penah jd fasilitator MHS mungkin kenal ngan aweks ni..penah kena marah ngan fasi pempuan tau si Rini ni..nmpk sombong tp minah ni baik sebenarnya..bkn nak bagi UP ke apa tp tu realiti dia..one of best studemt kat fakulti dia dulu..dia ada degree aku rasa buat kat shah alam..k lah rini all the best k even ko dh terkeluar dari AF tu..

weekend ni aku gi kl coz akak aku nk pindah plak..penat2..nasib baik le umah bawah..klu umah atas bengkok pinggang aku wei..

aku bosan wei...sbb xde apa aku nk conteng2 ni....k gusy..take care..menuju puncak...

Thursday, March 26, 2009

Minggu ni..

salam, apa kabar semua?cepat ja dah ari jumaat, esok dh sabtu..ermmm aku rasa dunia ni mcm dh cepat meninggalkan kita lah..tup tap tup tap dh bulan April 2009..byk benda yg aku kena capai dgn usaha aku sendiri..biarlah benda yg aku nk capai tu jd rahsia kau je k..yg penting salah satu wish list aku utk 2009 dh termakbul..DSLR camera..

esok aku akan shoot tema nature plak..aim aku sawah padi kat sg rambai, serangga kat belakang umah aku ataupun aku ajak le wife aku gi zoo melaka..aku akan cuba shoot gmbr yg terbaik esok..x sangka photographing ni mmg buat kita lebih passion sbb kita kena byk bersabar utk dpt shoot gmbr yg baik n cantik..lagi satu aku dpt rasakan aku rapat dgn dunia@sekeliling aku ni..mmg best..pada saper yg nk cuba tu better korang cuba mmg xkan regret nya...

semalam, lanskap politik negara punyai berita terbaru iaitu UMNO telah dipimpin oleh pimpinan yg baru..aku malas nk sentuh ni tp apa yg aku harapkan pada parti ni kuatkan saf dari akar umbi hingga pucuk pimpinan, kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO, hapuskan segala yg mungkar di dalam parti dengan lebih telus dan serius, dekatilah rakyat jelata, jgn terlalu bongkak dan akhir sekali berjuanglah demi bangsa, agama dan negara kita dari 'perosak bangsa' yg datangnya dari bangsa kita sendiri...

nest week, wife aku tukar opis..dari tingkat empat ke tingkat bawah..dia pindag ke lembaga peperiksaan plak..so ari ni my wife buat makan2 kat opis dia..semua foods wife aku yg buat kecuali kuih muih..makin pandai wife aku ni masak..hehehehe..cayok2..

esok, wife aku ada pekse M-Test..good luck for her..x sempat nk study pun..tawakaliyah je lah katanya..InsyaAllah..

k kengkawan take care..sebelum tu..aku tujukan lagu kat bawah ni untuk korang semua...hehehehe..



APA YANG PENTING..KERJASAMA..

Tuesday, March 24, 2009






ni hanya bbrp gmbr yg sempat aku convert kan dari RAW file ke Jpeg..ni gmbr original xde edit2 kat kedai gambar @ photoshop..masih byk benda yg kena aku kena belajar...apa2 pun aku puas hati ngan job aku yg ke pertama ni hah..praktis..praktis...

yg lain akan menyusul kemudian sbb laptop gue dh tua...

Sunday, March 22, 2009

last weekend adalkah weekend yg best bg aku n ada gak yg xbest gak..yg bestnya, hari sabtu aku dh terbeli kamera DSLR Sony a200 yg aku nakkan b4 this..Alhamdulillah..Tuhan izinkan aku memiliki kamera ni..Amin..yg bestnya lagi, isteri aku masak daging masak jawa..perghhh..sedap beb..1st time dia buat since aku kawin..kantoi lah plak..hehehehe...daging masak jawa ni, aku pun xtau nk ckp camner tp mmg best lah..kat kmpg wife aku ni, umah aku je yg pandai masak daging ni..sll daging masak jawa ni time raya je byk...yg bestnya lagi, semalam hari ahad, aku gi dataran pahlawan n area sewaktunya dgnnya nk coba guna kamera ni..konklusinya..masih kena byk belajar aku ni..ada gmbr yg aku ckp mmg cantik gila..ada yg 50-50 gak..

yg xbestnya plak MAN U kalah lagi...uwarghhhh...2-0 ngan Fulham..dulu MAN U belasah Fulham 4-0 time F.A Cup..siap ngan 2 red cards lagi..adui2..mlm td Liverpool lah plak..5-0 plak tu..adui2..

apa2 pun perjalanan hidup aku last weekeng mmg best di samping wife aku yg tercinta..hehehehe..

p/s: nnt aku postkan gmbr yg aku shoot tu k...

Adios..

Wednesday, March 18, 2009

Sony, Nikon, Sony, Nikon..

aku dh byk baca review kat internet review both DSLR ni..dua2 Highly Recomended tp Nikon ada advantage lebih sikit..in terms of the image quality nikon menang tp Sony pun tersgt ok gak..so sekarang ni aku kena pilih yg mana satu sesuai utk aku..Sony or Nikon...klu aku nk sambau Sony, duit kumpul dah ada..tp klu nk sambau Nikon kena tggu lagi le, kena ngumpul lagi..uwarghhhh..

aku sudah jatuh cinta..

Tuesday, March 17, 2009

Syukur..

Ali Rustan dilarang bertanding

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dilarang bertanding atau dipilih untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan.

Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin Umno pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi.

KAMI TAK MAHU PEMIMPIN SEPERTI NI..TOLONG LETAK JAWATAN KETUA MENTERI..MEMALUKAN..

sumber : berita harian

ali rustam semakin kepanasan sekarang ni..aku sbg anak melaka pun bersetuju kalau Lembaga Disiplin Umno kenakan hukuman yg berat kepada org2 mcm dia ni..walaupun keputusan belum di buat..bg aku ali rustam ni bkn pemimipin yg kita cari..dia xde langsung sikap seorg pemimpin yg bijak dan pintar ttp sebagai seorg pemerintah mungkin ada..pemerintah yg kurang bijak kot..

tp aku pelik pagi tadi bila kau terbaca malaysiakini yg ada menyebut lebut 100 penyokong ali rustam ni menyokong penuh kepimpinan ali rustam..ada lagi yg menyokong ek?..klu nk sokong pun tgk lah tempat kan..jgn lah jd si tukang bodek, tukang kipas...sebenarnya segelintir pemuda umno ni xde 'tut'..klu yg berani bersuara akan kena cantas x pun hilang kawan..amalan YES BOS tu sgt2 tinggi dalam umno ni..klu pendapat ahli biasa dorang x pandanglah...patutlah pengundi muda swicth ke PR last GE..

apa2 pun : AKU SOKONG KLU ALI RUSTAM DI GANTUNG KEAHLIAN..KENA PECAT LAGI BEST..PEACE..

Saturday, March 14, 2009

menyirap satu badan weiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....malas nk tulis byk2..buat hati panas je..xpe2...

GLORY..GLORY..GLORY..

syukur, alhamdulillah...my wife izinkan aku beli ini kamera..hahahahaha..aku suka, aku suka..thanks my darling...

next week gak aku kasi beli ini kamera...InsyaAllah...;-)

Friday, March 13, 2009


salam, hari khutbah solat jumaat berceritakan tajuk " Memelihara dan melindungi Kaum Wanita"..khutbah yg sgt menarik..mula2 cam ngnatuk gak tp bila tau tajuk khutbah camni nk lah aku dgr..

yup, kita perlu hormati dan lindungi wanita. x kiralah wanita tu bkn dari kalangan keluarga kita, bukan seagama dgn kita dan dari bangsa yg lain..pada aku wanita ni mcm satu rahmat dari Tuhan untuk hambanya..tanpa wanita tiadalah lahirnya penyambung zuriat kita, tiadalah tempat untuk kita curahkan segala susah senang kita n mungkin tempat untuk anak2 bermanja mahupun si suami...aku sedih bila terdengar wanita di kasari, dirogol, dipukul..knp hal ni blh terjadi?..mungkin bukan manusia yg sanggup buat benda kejam ni..

aku mengaku aku pernah menyakiti seorang wanita, buat dia menangis, buat dia risau n etc..ttp kini wanita inilah yg paling aku sayangi, hargai sekarang iaitu isteri aku...aku pernah berpisah dgn dia hampir setahun kerana kesalahan aku...aku xmalu nk mengaku ttg kesalahan aku. kerana aku bersyukuru aku byk belajar dari kesilapan aku waktu dulu...aku x sanggup lagi tgk isteri aku menangis lagi sbb aku..klu blh aku mahu dia tersenyum sepanjang masa walaupun hidup berumahtangga ni penuh dgn ups and down..

aku akan kasihi, sayangi isteri aku smpi aku mati..aku akan memelihara dan menghormati isteri aku sepanjang waktu..dia adalah pendorong aku dan pencetus semangat aku...love u so much..

p/s: sori le klu ayat2 kat entry keterjiwangan pulak...hehehehe

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI..


kali ni aku nak luahkan pendapat aku ttg apa yg kecoh di perkatakan demi kepentingan anak bangsa aku sendiri.selama ini aku melihat terlalu byk propaganda untuk menjatuhkan apa yg di cadangkan atau apa yg telah dilaksanakan untuk kebaikan rakyat di robek atau di tidakkan dengan perilaku2 manusia yg tidak bersikap pandang ke hadapan demi kebaikan anak bangsa kita tidak kiralah melayu, cina, india dan bangsa2 yg lain..


Ya, kali ni aku nk beri pendapat ttg isu Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) yg kerajaan telah laksanakan selama 6 tahun. Terlalu byk desakan agar kaedah ini di mansuhkan atau di hapuskan terus atas alasan :-

a) Bahasa Melayu akan pupus atau akan kurang digunakan.
b) Generasi pada masa akan dtg akan lupa atau hilang jatidiri mereka.
c) Bangsa lain boleh berjaya dengan bahasa ibunda mereka.
d) Menagongkan bahasa penjajah.
e) Akan berlaku diskriminasi terhadap golongan yg sukar memperolehi kemudahan PPSMI ini.
f) Guru2 tidak bersedia untuk mengajar dlm BI
h) Akan kayakan kroni kerajaan- pendapat ni aku dapat dari blog penyokong PR.
i) Akan wujud penggunaan bahasa rojak dalam harian hidup generasi akan dtg.

apa yg aku lihat, alasan di atas tidak langsung utk membantu meningkatkan atau mencari jalan keluar bagi masalah ini. yg hanya golongan2 ini tahu mansuh, hapus dan merosakkan. Aku amat kecewa jika perkara yg dilakukan untuk kebaikan anak2 kita nnt di politikkan dan di rosakkan oleh golongan yg jumud. Dunia semakin mencabar dan keperluan penguasaan untuk berbahasa Inggeris adalah amat di perlukan. Aku juga kecewa, sabtu lepas ada golongan yg begitu taksub untuk memansuhkan PPSMI ini berarak tp yg paling aku x gemar bila ada kain rentang tertulis "Mahasiswa Menentang PPSMI"..korang ni golongan mahasiswa dari IPT mana atau korang saja membusukkan golongan Mahasiswa?

terus terang aku ckp yg aku amat kesal dgn apa yg berlaku..hanya Matematik dan Sains di dalam BI..subjek2 lain masih lagi didalam bahasa ibunda kita..Bahasa Melayu masih terpelihara dgn baik jika kita tau asal usul n kekuatan jatidiri kita..dalam keluarga aku ada 3 org cikgu yg mengajar Sains dan Matematik..Mereka berpendapat kaedah ini sgt baik untuk pembangunan anak bangsa kita..mmg ssh semasa diawal pengajaran ttp dgn latihan yg cukup n cara pembelajaran yg baik impian ni akan terealisasi dgn jayanya..

tp knp masih ada golongan yg masih beranggapan PPSMI itu menghancurkan n merosakkan?..yg pasti ada salah seorang pemimpin gerakan GMP tu pun menghantar anak dia ke salah sebuah Muzik Universiti di USA..cuba tanya anak dia..adakah dia lupa akan bahasa ibundanya?adakaha dia sudah lupa bertutur dalam bahasa melayu?..tepuk dada tanya selera..

golongan2 politik yg terlibat sama pun hanya utk kepentingan politik masing2..mereka lihat demonstrasi adalah platform yg terbaik utk mengangkat martabat bangsa..bagi aku mereka ni bagaikan PEROSAK BANGSA yg inginkan bangsa kita masih di takuk lama..tidak mahu berhadapan dgn cabaran, mahu di suap dengan bantuan kerajaan..

jika benar GMP ini ditubuhkan untuk mendesak kerajaan menghapuskan@memansuhkan penggunaan BI semasa anak2 kita meningkat dewasa, apa kata GMP juga mendesak IPT2 yg medium pembelajaran mereka didalam BI memansuhkan kaedah mereka..klu nk desak mansuhkan, baik mansuhkan semua terus..jgn ada tolak ansur satu pun..ni knp anak2 kita yg inginkan pembaharuan dlm konteks pembelajaran mereka di ganggu..untuk kebaikan siapa? untuk anak2 korang juga..

UPSR baru2 ini..pelajar dari Kelantan dan Terangganu mencatatkan keputusan yg cemerlang didalam keputusan peperiksaan mereka. Di mana relevannya, golongan yg menentang ini berbicara kononnya anak2 diluar bandar gagal dlm peperiksaan mereka dan satu lagi..kertas peperiksaan disediakan dengan DWI BAHASA iaitu bahasa Melayu dan BI..bknnnya 100% BI..benda mudah pun masih blm dpt berfikir sebaiknya..

kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, PPSMI ini perlu di teruskan dengan jayanya ttp mungkin dengan ada perubahan dari segi penyediaan, penyampaian dan kaedah bg memantapkan anak2 kita untuk menguasai BI ini dgn baik..kepada golongan jumud ni, teruskan usaha anda untuk menjahanamkan bangsa kita sendiri..aku akan cari kamu jika kesusahan berlaku dlm negara kita kelak..ini JANJI aku..

ustaz hadi awang ( ulamak ke mamat ni) menggelar golongan yg menyokong PPSMI ini adalah golongan 'CELAKA'..jika ada ulamak yg lagi hebat dari hadi awang ni yg menyokong PPSMI pun adalah celaka kot, golongan ibubapa yg menyokong pun celaka kot..apa2 pun hadi awang ko mmg x pandai berbahasa Inggeris n hanya tahu menghukum org lain je..hadi awang belajar tinggi di timur tgh menggunakan bahasa arab selama beberapa tahun, balik Malaysia masih fasih berbahasa Melayu siap keluarkan fatwa haram dia lagi..

p/s: ini adalah pendapat peribadi aku dlm isu PPSMI ini..aku x copy n paste dari blog yg lain k..

ADIOS...

Monday, March 9, 2009


sabtu lepas aku keluar ke Mahkota Parade n Dataran Pahlawan sorang2..ramai betul manusia kat bandar melaka ni ek..aku keluar pun dah nk klu 3 ptg sbb b4 tu aku gi umah kawan kawin kat area melaka ni..my wife x ikut sekali gi MP sbb dia pening n selsema..

jalan nk ke MP lah ni dah makin susah n bloeh mendatangkan marah..arghhh..brp kali aku kena turn balik nk ke MP..sbb MBMB yg bijaksan dah buat jalan tu jadi one way yg sgt2 menyusahakan..aku ingat b4 tu nk gi Aloha Club sbb ada gig kat situ..byk gak band2 yg boleh dikatakan gempak performe..so aku stop kat Aloha jad n aku tgk crowd mcm x happening je..so aky pun blah dari situ n langit pun makin gelap..aku terus gi MP...

mcm biasa port aku klu ke MP xlain xbukan mesti aku lepat kat MPH bookstore..lepak baca majalah free..hehehe..awek yg kojer kat ctu pun aku kenal aku..pastu dh boring aku baca megazine tu aku round2 le kat MP n Dataran Pahlawan...tgk perihal manusia kat melaka..mcm perangai aku tgk..best je aku tgk budak2 sekarang..mcm xde masalah je ek..time aku dulu penuh ngan pancaroba..sng ke keluar gi lepak2..time aku dulu mmg kena bantai wei..hehehe..klu kuar pun kena balik b4 kul 5 ptg..

back to the topic..aku sbnrnya ad tujuan nk gi jalan2 ni..coz nk survey brg ckit..aku cari jam SWATCH, SONY PSP atau camera DSLR..kat melaka ni xde kedai jam yg jual jam swatch kot..maybe aku kena ke kl klu nk le jam ni..pk punya pk aku malas lah nk beli jam sbb jam aku eolk lagi..

so aku merayau lagi, masuk kedai game n tanya psala PSP..aku ingat nk angkat ini PSP sbb kadang2 tu boring gak duk umah kan..tp bila di pk2 kan balik aku ni bknnnya kaki game atau hantu game..so aku postponed le niat aku ni..

last mission aku cari camera DSLR..semua kedai aku masuk..at last aku jumpa kamera DSLR yg kira terbaik untuk beginner mcm aku ni..aku masuk kedai kamera FOTOKEM..yes aku dah jumpa DSLR yg aku nakkan..Sony Alpha 200..superb image, superb function etc..yes, benda ni yg aku nk beli..so maybe dlm time terdekat ni camera ni akan jd milik aku..hehehehe..aku suka gila...wife aku je tak tau lagi ni...mintak2 le dia ok..kuikukuikui..

apa2 pun, weekend lepas ialah weekend yg membosankan...huhuhuhu

Adios..

Thursday, March 5, 2009


Malaysia, Singapore atau Thailand?..yg mana satu mesti aku pilih..sekarang ni aku sdh jatuh cinta dengan nya..mungkin jodoh kita akan sampai juga tp bila..Malaysia, Singapore atau Thailand?..

Di Malaysia semua urusan nya mudah..xperlu byk karenah..tp terlalu sukar utk aku dptkan Mu..knp?mungkin hantaran mu terlalu mahal..aku sering lihat melihat Mu di sini..Hati aku dh mula jatuh hati dengan kecantikan mu, kehebatan mu melalui semua ranjau yg mungkin kita akan lalui bersama...

Di Singapura urusan nya mudah ttp yuran nya terlalu mahal..setiap tahun aku terpaksa ke sana untuk urusan pengesahan..oh tidak..

Di Thailand, urusannya mudah dan yuranya pun tidak lah semahal mana..hanya perlukan dokumentasi yg cukup utk aku bersama terus dgn kamu...

Aku akan ke Thailand...

Kepada isteri aku yg tersayang, tidak ada niat untuk melukakan hati mu ttp ianya dh tertulis yg si dia akan menemani hubungan saya dan ayang..kita akan tunggangi si "DIA' bersama kita..oh my SUPERBIKE...u'll be mine..

Skype..


hye, mlm tadi aku dpt sembang ngan akak aku kat US sana through SKYPE technology..canggih gila software ni dpt buat vidoe call n voice call F.O.C..semalam saja je test meng'download' software ni dari internet pastu install le dlm laptop yg dah separuh abad tu..dh setel semua aku add email add abg ipar aku n aku tgk kat situ dia online so aku coba lah call dia, sekali dia angkat plak..terkejut cimpanzi gak aku..al maklumlah buta IT..masa start sembang tu, video call dia tgh download, dh abis download..aku nmpk le muka anak buah aku kat sana depan laptop..semua sihat je kat sana tp ada winter ckit..

aku terus kejut mak abah aku n mak abah aku suka bangat dapat tgk cucu dia kat sana..tp cucu dia xnmpk nenek ngan atok dia kat mesia sbb web cam xde le..hehehe..so kena le beli ptg ni gak..

kpd sapa2 yg ada skype tu invite le aku ye..ni email add aku..mohdhusry@gmail.com..
mmg best bangat...

Adios..

Wednesday, March 4, 2009


Empat penjenayah dikehendaki ditembak mati

KUALA KRAI: Empat penjenayah yang dikehendaki ditembak mati dalam insiden tembak-menembak dengan polis di persimpangan Jalan Kuala Krai-Gua Musang, di sini pada jam 7.15 pagi ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mendapat maklumat mengenai kedudukan penjenayah itu pada jam 6 pagi, sebelum mengekori kereta mereka.

"Apabila disedari mereka diekori, penjenayah melepaskan beberapa das tembakan," katanya.

Beliau berkata, polis membalas tembakan penjenayah itu dan berjaya menumpaskan empat lelaki terbabit.

Penjenayah itu dikehendaki polis Kelantan kerana dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah harta benda dan kekerasan.

Kesemua mayat penjenayah itu sudah dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. - Bernama

nota kaki:

dulu 6 kena tembak kat Kedah, hari ni 4 kena tembak kat Kelantan..aku xtau le klu hal ni di politik gak kan oleh segenlintir pihak politik yg memutarbelitkan kes-kes berat mcm ni..

abah aku seorang Polis n aku tau abah kerja mcm mana..dorang xkan tembak org senang2 klu xde bukti yg cukup, xde pemantauan yg sempurna..abah aku terlibat kes P.Kalimuthu dahulu...brp lama polis kena spy kat area situ..ada yg jadi posmen, ada yg jd tukang angkut sampah..etc..

apa2 pun ada gak polis yg ada buat kesalahan kan..tp tanpa Polis negara kita x aman rasanya..nk jalan kemana2 pun rasa xselamat..stop blaming police if we don't know what they do n how their run their duty..

Adios..

Tuesday, March 3, 2009


hye, hari ni aku blh lah di lebelkan mcm sign kat atas ni hah..buat mcm bz2 tp xdelah bz sgt pun..pagi tadi je ada bz ckit..hehehehehe..mesti korang penah mcm ni kan?..jgn le kelentong beb..hehehehe...tp klu dh xde kojer ni mmg mati kutu xtau nk buat apa, nk surf internet boring, so buat lag apa2 yg patut..joging setempat ke..gi department lain ke..gi tandas byk kali..hehehe..ni bkn contoh yg baik ye..

baru dpt email dri akak aku kat US semalam..dia n keluarga sihat tp kulit ada kering ckit sbb cuaca kat sana sojuk..dia dh masuk umah sewa..terus beli LCD tv..cettt...dia ckp semalam dia habis shopping about USD300++ je including itu LCD tv n others pekakasan umah yg lain...gila murah kat sana ek..lupa plak dia beli barang ni kat 2nd hand shop tp Tripple A quality...

k guys, take care..Adios..

p/s: semalam baru aku dpt tau wujud lagi negeri Pasir Dua Butir kat Malaysia ni..mcm cerita
P Ramlee daaa..

Sunday, March 1, 2009

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Husry

2. Four letter word: Huhu

3. A boy's name: Hazri-kawan aku time kat u dulu-

4. A girl's name: Helmiah-org kmpg aku yg kini duk kat kl @ batch mate aku kat u gak-

5. An occupation: Health and Safety

6. A color: Hitam

7. Something you'll wear: Hugo Boss Jeans

8. A food: Hamburger

9. Something found in the bathroom: Hair Dryer

10. A place: Hawaii

11. A reason for being late: Heksiden leh..hehehe

12. Something you'd shout: "Hoorayyy"

13. A movie title: Hati Malaya..

14. Something you drink: Horlicks

15. A musical group: Hardcore

16. An animal: Helang terbang timggi

17. A street: Hang Tuah Street Malacca

18. A type of car: Hummer..(gila babas keter ni)

19. The title of a song: Hidup Ini Indah from dewa19

Quick..


just a quick entry..aku sihat n akak dh selamat smpi di US kul 9.00pm waktu malaysia hari sabtu..flight ambil masa almost 22 hours..anak buah aku x buat hal dlm kapal terbang sbb my sis ckp pramugari dia cun bangat..hehehe..cost untuk pergi je yg telah di disclosedkan kepada aku RM5x,xxx untuk 4 org for biz class...

semalam, xde gi mana just lepak2 kat umah ngna isteri aku..basuh keter n program mari tido..hehehe..k guys..take care..

Adios..

nota kaki: aku gembira ari ni n aku xtau naper aku gembira..hehehe..hope kegembiraan aku ni berkekalan..amin..

 

blogger templates | Make Money Online