Thursday, October 30, 2008

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO bimbang serta bingung apabila menerima aduan mengenai kehilangan tujuh pelajar Malaysia termasuk tiga orang dari sebuah universiti yang sama di Australia Barat dalam tempoh empat bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau bimbang jika wujud penglibatan mana-mana sindiket termasuk berkaitan keagamaan yang mungkin menyembunyikan pelajar-pelajar itu.

Beliau berkata, siasatan pihaknya setakat ini bagaimanapun belum menemui sebarang persamaan antara kesemua pelajar cemerlang itu melainkan kebanyakan mereka berasal dari Selangor.

Abdul Azeez berkata, bagi mendapatkan gambaran sebenar, pihaknya akan menghantar pasukan ke Australia bersama ibu bapa pelajar terbabit tidak lama lagi bagi menyiasat punca sebenar kes-kes kehilangan itu.

“Di sebuah universiti tersebut sahaja sudah tiga kes dan ada empat lagi kes di beberapa universiti lain.

“Kehilangan ini kita terima sebagai sahih apabila ibu bapa pelajar terbabit tampil membuat aduan kepada pihak sekretariat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Azeez menambah, pihaknya mula menerima aduan daripada ibu bapa pelajar-pelajar terbabit sejak permulaan Ramadan lalu.

Katanya, sebahagian kes telah pun dirujuk kepada pihak Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Wisma Putra serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan maklumat berhubung pelajar-pelajar yang hilang itu diperoleh melalui persatuan pelajar universiti yang terbabit.

“Kita mungkin memerlukan bantuan daripada banyak pihak lain termasuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengesan semua pelajar yang hilang ini,” katanya.

Dalam pada itu, ibu bapa salah seorang pelajar yang hilang, Norzarifah Kamaruzzaman turut berada pada sidang akhbar yang sama.

Ibunya, Noraini Daud berkata, anaknya, Norzarifah terputus hubungan terus dengannya sejak 6 Oktober lalu.

Dia berkata, sebelum itu anaknya dapat dihubungi melalui telefon atau e-mel tetapi sejak tarikh berkenaan, sudah tiada ada saluran komunikasi untuk mengetahui di mana anaknya berada secara tepat.

Katanya, maklumat terakhir yang ada pada dirinya ialah anaknya itu telah mengikuti seorang lelaki bersama ibunya berpindah ke sebuah kampung kecil dinamakan Rockhampton, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Perth.

Tindakan anaknya berpindah dengan lelaki itu katanya, berlaku selepas Norzarifah keluar dari hospital di Perth selepas disyaki menelan hampir 50 biji Panadol.

“Punca anak saya bertindak begitu tidak saya ketahui, maklumat mengenai tindakannya itu kami tahu apabila Norzarifah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya pada 17 September lalu.

SMS itu seperti yang terkandung dalam laporan polis pada 23 September ialah:

“Kak, jangan bagi mak nangis, Ipah baru keluar hospital semalam dari hari Sabtu malam, overdose. Jangan bagi tahu mak, Ipah tak tahu nak buat macam mana lagi, Ipah ambil 50 biji Panadol.

“Jangan bagi tahu emak. Aku nak mati kak, jangan bagi tahu mak, tolonglah kak.”


Noraini berkata, anaknya mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang geologi dan hanya tinggal empat bulan atau satu semester sebelum pengajiannya berakhir.

“Saya dapat tahu dia sudah tidak menghadiri kuliah sejak dari empat bulan yang lalu iaitu dari Ogos,” katanya.

Dia memberitahu, Norzarifah adalah anak kedua daripada lima beradik dan memulakan pengajian di Australia sejak tahun lalu.

Menurut Noraini, anaknya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusannya di universiti terbabit juga baik sebelum ini.

Komen penulis:

ke mana pelajar ni menghilang?kenapa perlu telan 50 biji panadol? tekanan belajar? tekanan hidup? dimana iman mereka ni?

salah satu permasalahan pelajar kta diluar negara iaitu tidak kuat pegangan agama dan moralnya ttp ini bkn semua pelajar kita begini.agak mendukacitakan kerana kejadian ini berlaku kepada pelajar yg beragama islam..bunuh diri?satu jalan terakhir utk org yg sudah hilang hala tuju hidup..

menurut pengalaman kakak saya yg pernah belajar di Australia sendiri, dia menyatakan mmg benar pelajar kita bergerak bebas di sana..tiada batasan di antara lelaki dan perempuan..klu di Malaysia dh kena tangkap ni..kehiduoan yg bebas ni lah yg menyebabkan kejutan budaya yg teramat sgt kpd pelajar kita..kepada yg kuat mereka akan terus berjaya ttp bagi mereka yg mudah lupa mereka akan terus hanyut dan hanyut..

diharapkan kejadian ini dpt membuka mata kepada masyarakat Malaysia bahawa tidak semestinya jika anak mereka di hantar ke luar negara mereka akan berjaya..semuanya bergantung kepada niat kita..kegagalan akan menunggu mereka jika mereka tersilap langkah..

p/s: belajar sahaja di Malaysia. buat habis duit penaja saja..

Adios..

Wednesday, October 29, 2008



Siti Halijah Abd. Razak tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat ibu bapanya yang maut dalam kemalangan di Jalan Klebang semalam
-------------------------------------------------------------------------------------
MELAKA - Selepas diseret sejauh kira-kira 40 meter, seorang peniaga roti canai, Abd. Razak CK Enoo, 58, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Klebang di sini semalam.



Abd. Razak

--------------------------------------------------------------------------------

Dalam kejadian pukul 4 petang, isteri mangsa, Chek Embon Md. Ali, 48, yang membonceng motosikal tersebut turut terbunuh.

Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Assisten Supritenden Poonam A E Kling berkata, pasangan malang semasa itu dari Bukit Rambai di sini dalam perjalanan dari arah Batang Tiga menuju ke pusat bandar.



Chek Embon

--------------------------------------------------------------------------------



"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mereka terlanggar bahagian belakang sebuah kereta.

"Semasa itu motosikal dan kereta tersebut mahu memasuki satu lorong di sebelah kiri," kata beliau.

Menurutnya, akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan.

Poonam berkata, lori tersebut kemudiannya menyeret Abdul Razak sejauh kira-kira 40 meter.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan keseluruhan badan.

"Isteri mangsa juga meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan yang kuat di bahagian kepala setelah terjatuh dari motosikal," katanya.

Kata penulis:

tersentuh hati bila terbaca berita ni semalam.kejadian berlaku di melaka..melihatkan keadaan anak arwah, kita tahu maka hilanglah tempat bergantung mereka selama ini..tidak terkata sebaknya di hati ini bila terkenangkan perkara ini berlaku dengan sekelip mata tp apa kan daya ini adalah semua telah di tetapkan oleh Allah S.W.T..

moga Roh Arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman dan diharapkan ada pihak yg akan menghulurkan bantuan kepada anak2 mangsa...

Monday, October 27, 2008

1l1KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- Datuk Nazir Razak, group chief executive of Bumiputera-Commerce Holdings Bhd, was the highest-paid government-linked company head and the highest-paid banker, according to a survey conducted by Malaysian Business.The financial business magazine, in its annual survey of the "Highest-Paid Directors", said Nazir was paid RM9.350 million in 2007.The amount was paid by its subsidiary, CIMB Investment Bank, which Nazir headed.

Meanwhile, Tan Sri Teh Ah Lek, chief executive of Public Bank Bhd who held the highest-paid banker spot in 2006, was paid RM6.17 million in 2007.The magazine said the Top 20 companies in terms of total payout generously forked out RM388.90 million in 2007, or 14.3 percent more, compared with RM340.27 million the previous year.The survey appeared in the Aug 16 issue of Malaysian Business.

It said Genting Bhd dished out RM92.45 million to its board compared with RM102.06 million previously.Of this total, it paid the highest remuneration band of RM86.45 million to RM86.50 million for a single director.However, the company did not name who the director was.

The top executive listed is its chairman/chief executive Tan Sri Lim Kok Thay.Its subsidiary, Resort World Bhd, which paid out RM41.50 million and above to its top executive, was another company with the highest remuneration for a single director.There is, however, the possibility of double counting as this might have been paid to the same person.

Berjaya Sport Toto Bhd reduced its total director payout in 2007 by more than half, from RM17.23 million to RM6.66 million.The company fell out of the Top 20 list to take the 100th spot.The drop coincided with a change in the leadership of the company

komen penulis

alhamdulillah saya berasa bangga jugalah dgn anak bumiputera yg telah berjaya mengatasi kaum-kaum yg lain dlm tangga gaji ni..saya mmg respect dgn beliau dlm mengembamgkam xtvt perbankkan di malaysia mahupun diperingkat antarabangsa dgn menggunkan pengalaman beliau dn keberanian beliau utk meneroka sesuatu yg baru..

kejayaan beliau menjadi inspirasi kpd saya utk terus meneroka perkara yg baru..semangat itu penting utk terus berjaya walaupun pernah lalui kegagalan pada masa yg lalu..amin

adios

Thursday, October 23, 2008

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun. “Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar. Beliau berkata isu ini akan dibincangkan pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan. - Bernama
Komen Penulis:
Pada pendapat saya, ini adalah satu penyelesaian yg kurang bika dilakukan oleh pihak kerajaan untuk kakitangan kontrak ini.Pada hemat saya, walau siapa pun mereka ini mahupun yang berstatus tetap atau pun kontrak mereka wajar di laya secara saksama, ini adala kerana pekerja kontark ini juga memainkan peranan yg sama iaitu berkhidmat kepada masyarakat walaupun mereka tahu, mereka tidak punyai keistimewaan yg serupa dengan pekerja tetap..
Pihak kerajaan perlu meneliti keputusan ini dgn lebih halus.apa kesan terus kepada mereka ini? apa akan jd dengan kemahiran yg mereka perolehi selama mereka bekerja dengan kerajaan? tidak ada langsungkah sumbangan mereka kepada kerajaan?
Kadang-kadang tu, pekerja kontrak ini lebih komited daripada pekerja tetap ini dalah keran merak tahu bahawasanya mereka boleh diberhentikan bila-bila masa jika performance mereka tidak baik atau tidak memuaskan bkn seperti pekerja ttp yg rasa kan diri mereka secure sampai ke mati tp bkn semualah tp mungkin jumlahnya lebih 50,000 kakitangan yg bersikap sedemikian..
saya berharap, pihak kerajaan fikir secara halus dan teliti ttg keputusan ini..kekal kan mereka dan gunakan kemahiran yg mereka ada utk memantapkan sistem penyampaian kerajaan..saya percaya tidak rugi serapkan mereka sebagai pekerja tetap kerana nilainya terlalu tinggi..
Adios..


hye, mlm td tepat kul 8 mlm saya keluar cycling buat pertama kalinya since beli MTB saya tu..saya cycling lebih kurang 40 km pergi balik dari umah saya di merlimau..laluan yg saya lalu, merlimau - serkam pantai - serkam darat - tedong - politeknik merlimau - merlimau..

mmg memenatkan lah sbb dh lama x push badan ni nk lasak ckit..mmg dah terasa kejang kat betis sebelah kiri n terpaksalah kayuh pelan2 n bykkan minum air..alhamdulillah semuanya ok..performance my bike mmg tip top tp ada ckit bunyi gak cranj dia n front disc dia..rasanya brake pad tu psg x betul sgt kot..yg lain semuanya tip top...

hari ni my wife balik dari johor..exciting gile nk jumpa buat hati sorang ni..rindu wei..siapa x sayang bini wei..ptg ni jmpt dia n belanja dia mkn kat tmpt yg dia request..hadiah birthday?..just wait n see..

k guys..melaka pagi ni hujan..hujan rahmat pagi jumaat..harap kehidupan kita pada hari ni dapat rahmat dari-Nya..Amin

Adios..

Wednesday, October 22, 2008

hye, suppose my wife dh balik hari ni dari johor tp dia kena attend management meeting kat pasir gudang plak smpi hari jumaat ni..sian isteri gue..dia phone sll mentioned sbb dia pnt..nk buat mcm mana kan dah kerja so xleh lah nak ngelak..nanti dia ok lah tu..hehehehe..tp tersa gak lah keboringan yang tahap memgila bile wife xde ni..rasa mcm boring lah..xtau nk ckp apa lagi selain word boring tu..sll nye mesti ada teman yg nk ckp2, tukar2 pendapat, tgk movie sama2 tiap2 malam..tp mggu ni rasa mcm BORING je..cepat le jumaat sayang oi...

hari ni birthday my wife yg ke-26 tahun...saya doakan yg terbaik utk my wife & diharapkan hubungan suami isteri kita ni kekal sepanjang hayat hendaknya, dimurahkan rezeki n sukses selalu...Amin..muahmuahmuah...tahun ni xtau le nk bg present apa kat my wife ni..ssh gak nk mikirkan hadiah apa yg best utk dia...jumaat ni dia balik nak buat surprise kat dia..hehehehe..idea dh ada tggl realisasi kan je..

hari ni byk buat kejer audit company, so sgt sibuk nk surf internet ni..mcm2 citer yg berlaku kat sekeliling kita ek sekarang ni..oh dunia..ku harapkan kau aman selamanya...Amin..jgnlah ada penyangak yg sanggup merosakkan keamanan kau ek..apa lah yg aku melalut ni ek..

Balik kejer td, terus gi Al-Iksan beli track suit ngan glove for cycling purpose..plan nk cycling mlm ni, sekali hujan daa..so harap2 esok mlm x hujan lah kan..esok nk ngayuh dari merlimau - serkam pantai - anjung batu pastu patah balik le..hehehehe..x sbr plak nk ngayuh ni..esok plan nk beli helmet plak..safety first...lupa plak, td ada beli baju lumines (baju safety yg reflect cahaya bila mkm tu le)..purpose dia utk safety rider bila cycling mlm2..

k guys...take care..Adios..

Tuesday, October 21, 2008

Superb played by berbatov and his partner last night..
2 goal from Berbatov ang 1 goal from rooney..
Glory..gloty..glory..

my new mtb..

sekarang ni nk beralh arah ke MTB plak..tgk mcm best je dorang ni punya xtvt..sgt adventure..so klu nk follow ini xtvt kena le beli satu MTB..so, ini lah hasilnya...

bike ni jelah yg mampu saya beli beb..tp performance dia mmg tip top lah..best sgt2..ptg semlm dah cuba ride this MTB, mmg mantap beb...shifting gear mmg smoth..absorber pun best..sesuailah ngan saya yg still beginner ni..

this week plan nk kayuh jauh ckit..nk explore duani ciptaan Illahi ni hah...InsyaAllah..

Adios..










Sunday, October 19, 2008

Pindah..

hye, last week xdpt nk posting a new post sbb bz nk pindah tempat kejer.. bukannya tukar company or what tp tukar dari bilik sebelah ke bilik bos ni hah..so internet connection mmg xpat last week sbb dpt desktop baru yg canggih..hehehe..so xyah le nk guna laptop lagi..dgn lcd skrin nye..perghh mmg best lah..terang sikit mata ni hah..
weekend xde apa xtvt yg menarik just lepak2 kat umah mertua kat pernu je..semalam gi seremban umah sedara kawin..lauk pauk mmg sedap kat majlis kenduri ni..tip top..
plan nak gi Motogp tp x kesampaian sbb abah saya dh akaj gi seremban..xpe2..next year saya akan gi juga Motogp ni..Amin..
k bro n sis..take care n see u next time..
Adios..

Tuesday, October 14, 2008

Adui..naper lah kerajaan negeri Melaka ni buta pilihan nk kurniakan gelaran Dato kat mamat India ni..Apalah sumbangan dia kat Malaysia ngan Melaka secara directly..Kadang2 tu mmg saya rasa kerajaan negeri ni buat keputusan sesedap hati je..xde nk buat usul periksa dulu..kurniakan lah gelaran tu kat org Malaysia yg lebih layak..Sbg contoh mcm Rosyam Nor anak jati negeri Melaka yg berasal dari Masjid Tanah yg kini ada ladang haiwan ternakan n blh dikatakan seorg jutawan skarang ni atau bagi ahli agama ke yg banyak berjasa kepada rakyat..

Stupid CM..kadang2 tu rasa dia ni mcm apa2 ntah dia buat demi nk jdkan Melaka ni negeri maju 2010 n menjadikan pelancongan sebagai teras..dengan pembinaan Eye on Melaka lah..Menara Taming sari lah..semua pakai duit rakyat..klu benda ni je maju tp hal ehwal rakyat terumbang ambing mmg out lah mamat ni next election kecuali kaki pembodek mamat ni je yg terus membodek..knp xnak upgrade facilities yg ada jd lebih baik?..ikan bakar kat negeri Melaka ada yg on-off..ada projek jd gajah putih mcm projek kat Pulau Melaka tu..Habis..Ahli2 Exco pun mcm buduh gak..main angguk je bila mamat ni nak buat apa2 projek..

Apa2 pun aku bangkang 150% klu mamat india yg kata muslim tp bersalib di dada ni dikurniakan
gelaran Dato..


p/s: aku dgr nk dpt gelaran dato kat Melaka ni boleh beli je..ada duit ko dpt le janji poket ORANG2 ni ada masuk le..

Adios..

Sunday, October 12, 2008

hye, at last jd gak dpt lepak ngan member uitm kat NZ wangsa maju..walaupun kedatangan xdelah ramai sgt tapi kecoh gak lah ngan gelak menghilai kitorang..yg dtg:

husry & wife
lan
zulkhairi (ashker)
anne
hilmiah
aida

tu je yg dpt hadir, xpe nnt saya nk plan meeting yg lebih havoc lagi pasni..ok, ada kejer nk buat ni..jumpa lagi di lain time k..

Adios..

Thursday, October 9, 2008

Malam semalam, kitorang satu ofis gi makan ikan bakar kat Anjung Batu Serkam..area ni mmg jarang org dtg tp dia punya food mmg tip top compare dgn umbai n restoran terapung..lebih kurang 30 org yg dtg semalam termasuk ada yg bawa keluarga masing2..mcm2 yg kita order..ikan siakap, jenahak, ikan pari, sotong, udang ngan sayur khailan n kangkong..mmg marbeles le kena plak ngan nasi lemak yg sampoi habis..nyum2..mengah wei..ingat baru nak diet tp x berjaya jugek..hehehehe..

tp kesian gak area anjung batu ni mcm org xtau sgtlah kawasan dia compare ngan dua tempat tadi..tak tau lak naper..state government buat2 x tau ke atau peniaga ni yg xamik kisah..ada 2-3 kedai yg kosong..xde org langsung..sian plak nengok..xpelah rezeki masing2 kan so kenalah terima hakikatnya..ermmm..

today, mcm biasa buat kerja yg biasa..solat jumaat, lunch kat kedai tempe..masuk opis sambung kojer pastu balik..malam karang dah nk gi kl...

Adios..

Kucingku..

mmg saya sukakan kucing..teramat2 suka kan kucing..dari kecik smpi lah ni mmg ada je kucing dalam hidup saya..tak kiralah, kucing kampung ke atau parsi semua saya bela..bela mmg best tp kucing mati mmg sedih wei..cannot handle..jiwa kacau..

ok lah ni gmbr 3 ekor kucing yg saya bela masa di Melaka..
ni gaban..bela since stay kat kl lagi..mati kena langgar kat depan umah..internal injury..huhuhu..besar mcm anjing mamat ni..

ni nama dia pirate..betina..nape nama dia pirate?sbb dia ada satu mata je..beli kat kedai RM30 je sbb tokey tu ckp xcantik..tgk aku bela baik2 jd mcm carpet bulu dia tp pun dah mati kena gilis kat kepala dgn abah aku sendiri masa nk pegi solat jumaat..huhuhuhu..baru pagi tu sikat bulu dia..huhuhu..

ni boit anak kepada pirate..ni jelah anak boit yg hidup..yg lain semua dah mati sbb xtahan..alhamdulillah boit hidup ngan sihat sampai hari ni...

aku sayang sama kamu semua...muahmuah...

Adios..

p/s: kucing ni haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W...so jgn le kita menyepak terajang apa juga binatang yg kita jumpa k..

hye..dah lama rasanya x tulis apa2 dalam blog ni sbb bz dgn urusan kejer..semalam dgn hari adalah hari yg paling bz sekali sbb kena byk gi site visit..semlm gi site visit kat tapak baru jaya jusco melaka dkn sblh tesco..punyalah panas ya rabbi..mmg kesian lah tgk mamat bangla yg kojer kat situ nmpk mcm kena pakse je..hehehe..apa2 saya salute ngan dorang sbb tanpa dorang bangunan kat malaysia ni xde beb..betul ke tidak?..1st time keter saya masuk site..abis ma keter gue..dh jadi macam keter tukun je rupanya..hehehehe..ingat malam karang nk kasi cuci ckit ini kereta lah..

mcm biasa, saya kena siapkan byk report utk bulan september punya..report itulah inilah..semua report ada..ermm..dah jalan cari rejeki camni nak buat camner ye tak..jumaat ni saya akan ke kl utk lepak kat sana plak..turun kl ngan my parents n my lovely wife..plan ngan kengkawan Uitm nak lepak kat NZ wangsa maju malam sabtu ni..tak tau le saper yg kena open table kan..tong2 lagi selamat kot..mula2 plan nak gi konvoi raya tapi xpat feedback yg best dri kengkawan yg lain so di tukar kepada xtvt TTS (Teh Tarik Session) plak..ok gak xtvt ni..duk setempat minyak keter xdelah lahap sgt..hehehehe..ramai gak yg nk lepak mlm weekend ni..hope semuanya dtg le kan..mmg semua kengakawan dh byk komitmen lain pas belajar..ada yg dh kawin, sibuk kerja, nak bersalin, malas nk amik port...semua tu adalah..tp bagi saya hubungan antara kawan ni penting utk saya..mmg ada gak berbalah ngan kawan dulu tp xdelah smpi heart feeling lebih2..abis ctu2 sudah..betul x?..apa2 pun itu privacy korang le kan..hak masing2..

Ada gak member saya yg nak bertunang weekend ni citernya..tahniah diucapkan kepada pasangan masing2..moga berkekalan beb..kawin jomput ye...:-)

ok bro n sis jumpa lain hari k..

Adios..

Sunday, October 5, 2008

hye..hari ni kita semua masuk balik kerja lepas dah cuti agak lama..mcm saya cuti 1 mggu..mmg penat bercuti ni beb, bosan pun ada..tp best gak sbb tahu ni semua anak buah raya kat melaka so xde lah bosan sgt..boleh kena kan dorang..sakat dorang..main mercun ngan dorang..main internet ngan dorang..tp yg paling bestnya, umah saya dah jadi mcm cyber cafe..kat living hall semua lepak main internet..baik anak buah, bapak budak pun sama..hehehehe..xpe2 semuanya free saja..

malam raya, start kul 8 mlm..saya, angah saya ngan abang ipar saya mula kacau dodol..plan nk kacau siang tp memandangkan kat melaka ni panas bagai nak rak kitorang plan kacau malam raya boleh gak minum2 n makan2..setel kacau dodol dlm kul 12 malam..rendang n sambal sotong dlm kul 1 lebih...

raya pertama mcm biasa gi sembahnyang raya kat mesjid merlimau utara..penuh masjid ni pagi tu..dlm kul 10 kitorang dh sampai umah n sesi bermaafan berjalan..mmg tgkp sayu le time ni..maklum le semua ada salah ngan mak abah..hehehehe..nangis wei..srooottt...lepas sesi bermaafan saya ngan keluarga tutup umah n pergi berjalan raya umah sedara...1st time umah saya tutup pagi raya..lepas dah raya semua umah..kitorang gi kedai gambar nk tgkp gmbr family plak...mmg kelakar time ni...tokey kedai buat lawak..semua dah ada pasangan termasuklah aku ngan isteri tercinta...lupa plak..tema raya tahun ni saya ngan isteri warna coklat..tahun dpn plan nk kaler pink plak..

apa yg xbest nya raya tahun ni, saya ngan isteri xde langsung gambar bersama..hehehehe..hangin isteri gue wei...sori ye sayang..

k lah geng..jumpa lain kali..

Adios..

p/s: gmbr raya akan di muat turun nnt k..

 

blogger templates | Make Money Online