Wednesday, August 27, 2008

26 ogos 2008 mungkin menjadi sejarah bagi Malaysia sendiri..Pilihanraya Kecil Permatang Pauh telah di menangi oleh DSAI dengan majoriti yg agak banyak..Tahniah saya ucapakan kepada beliau kerana mendapat mandat untuk menjadi YB bagi rakyat di Permatang Pauh..

Bagi yg tewas..terimalah hakikat bahawa ini adalah adat pertandingan..ada yg kalah dan menang..Tingkatkan usaha anda untuk menawan semula hati para pengundi..

Ada yg menarik bagi penulis untuk dikupaskan iaitu penolakkan rakyat PP keatas BN sendiri..saya percaya rakyat PP tidak menolak ketokohan calon BN ttp rakyat di PP menolak dengan jelas sekali parti BN itu sendiri..BN perlu bermuhasabah diri dgn ttg kesilapan yg telah mereka lakukan..Ada setengah wakil rakyat lupa ttg tanggunjawab mereka terhadap rakyat..mencari kekayaan utk diri sendir, lupa keperitan rakyat dan ckp x seruba bikin..BN perlu lebih sensitf ttg kemahuan rakyat Malaysia bukan rakyat yg perlu tahu apa kemahuan kerajaan BN..Saya percaya rakyat akan memberi kepercayaan kepada BN jika BN benar2 mengorak langkah dan belajar dari kesilapan yg lampau utk memperbaiki semula kedudukan mereka..Kerajaan BN perlu telus dalam semua hal..tidak memperlekehkan kuasa rakyat lagi..

Kepada DSAI, tunaikan janji anda..jgn hanya untuk kuasa anda janji yg bukan2..klu Khalib Ibrahim ingin 10% non bumi di Uitm, ttp anda up lagi ke 20% didepan pengundi berbangsa lain..Harga minyak akan turun rm2.00 jika berjaya menjadi PM dan smpi bila harga ini dapat bertahan..Dasar Ekonomi Baru ingin ditukarkan kepada Agenda Ekonomi Malaysia..Kesamarataan bangsa dan kaum..Ketuanan Melayu ditukarkan kepada Ketuanan Rakyat..Bebas bersuara..dan byk lagi janji beliau kepada rakyat..

apa yg penting sekarang ini..Tunaikan janji anda DSAI dan pertahankkan hak2 sedia ada dan jgn sesekali mencuba untuk mengubal undang2 sendiri untuk kepentingan kuasa anda..

Kita perlu fikirkan ttg anak2 cucu kita pada masa hadapan dengan tindakan kita dan bukan melihat kesenangan untuk masa yg singkat kini yg mungkin boleh menghancurkan anak bangsa kita sendiri..Kita yg perlu mempertahankan negara Malaysia dan bukan Malaysian Malaysia...

Adios..

Salam blogger..hari ini hujan selruh melaka menjadikan perjalanan ke temapt kerja menjadi sedikit lewat..tp alhamdulillah card xmerah lagi..

Penulis ingin mengupas lagi ttg apa yg berlaku sepjg bulan Ogos 2008 ini..kira bln 8 ni mmg hot sgt lah..Kita mulakan dengan isu sumpah yg di lakukan oleh saudara 'coffee boy'..upacara sumpah laknat ni dilakukan semata2 untuk membuktikan siapa dipihak yg benar dan siapa dipihak yg tidak..Sumpah ini dilakukan satu hari sebelum penamaan calon di PP44 dan ini menjadi tanda tanya pelbagai pihak ttg sumpah laknat ini..ada yg mengatakan konspirasi dan ada yg menyokong upacara tersebut..

Bagi penulis, itu adalah hak bagi saudara 'coffee boy' untuk mengangkat sumpak laknat tersebut dimana beliau sendiri menyatakan pendiriannya dan sanggup menerima laknat dari Allah s.w.t jika dia membuat fitnah keatas yg dituduh..Pelbagai pendapat telah diberikan oleh mereka yg cerdik pandai..Ada yg menyatakan tidak sah dan ada juga yg menyatakan tidak sah..ttp pada insan yg inginkan kuasa politik dan populariti yg hebat mereka katakan sumpah itu tidah sah dan berberbentuk konspirasi yg dasyhat..

Penulis mengaku penulis tidaklah semahir cerdik pandai agama ini tp bagi penulis 'coffee boy' ini telah berani membuat sumpah keatas dirinya sendiri dan tidak mungkin ini adalah konspirasi pihak yg tertentu untuk menjatuhkan bekas majikan 'coffee boy'..Insan mana yang sanggup utk melaknat diri sendiri, di laknat oleh Allah s.w.t walau di tawarkan dgn wang ringgit atau kuasa...tak kanlah 'coffee boy' ni nk menjahanamkan dirinya sendiri...Itu adalah hak 'coffee boy' yg perlu rakyat Malaysia hormati..Bekas majikannya bila nk bersumpah pun xtau bila, terlalu byk helah yg dikemukan..Alasannya Ulama dari dalam dlm dan luar negara menasihatkan beliau supaya jgn bersumpah..Biarkan Mahkamah Syariah yg menentukan keputusannya..Apa yg ssh ambil wudhu dah terus bersumpah spt mana si 'coffee boy' bersumpah..Entahlah..demi kuasa manusia sanggup lakukan apa sahaja...

Biarlah mereka dgn urusan mereka..Urusan mereka dgn Illahi...kita hanya mampu melihat dan merancang ttp Allah s.w.t yang menentukannya...Amin...

Wassalam..


Ogos 2008..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah berikan kesihatan yg baik kepada penulis dan semua hamba2nya..

Dah lama rasanya penulis x berkesempatan untuk menulis di blog penulis ini disbbkan kesibukan dgn urusan pekerjaan. Mcm2 perkara telah berlaku sepanjang bulan Ogos ni. Kebanyakkannya adalah isu nasional yg kita lihat serba byk blh mengubah lanskap ekonomi, politik dan juga sosial..

Penulis adalah bekas pelajar Uitm dan mengkagumi Uitm sebagai tempat melahirkan bangsa melayu dan juga bumiputera yg berkualiti untuk sekian lamanya..bermacam kemajuan ditunjukan oleh Uitm sendiri. Tp apabila ada seorang pemimpin melayu yg telah mencadangkan agar Uitm dibuka 10% untuk bukan bumiputera telah menjadi satu berita yang agak panas bagi penulis..Penulis mmg tidak bersetuju dengan cadangan ini untuk membuka pintu kepada non-bumi ini adalah kerana biarlah Uitm menjadi teras kepada bangsa Melayu dan juga bumiputera untuk mengcungkil pengetahuan yg berguna..Ada juga suara-suara yg berbunyi bersetuju dengan cadangan diatas kerana mereka berpendapat sudah sampai masanya Uitm menjadi sebuah universiti yg boleh bersaing dgn pelbagai bangsa dan jika ingin menjadi World Class University cadangan ini hendaklah diterima pakai..

Bagi saya graduan Uitm mampu bersaing dgn baik di alam pekerjaan ttp ada sesetengah pihak yg memandang enteng ttg kemampuan kita..Ramai graduan kita telah berjaya dan menjadi org yg Gah di tanahair..tapi penulis lihat isu ini telah dipolitikkan dgn sgt hebat sekali..bagi penulis ini adalah cadangan ttp di peringkat perlaksanan adalah dipihak kerajaan...Perkara ini tidak akan berlaku jika ada kesedaran yg kuat ttg kepentingan hak melayu dan bumiputera di negara kita ini.

Lagi satu perkara yg menarik perhatian penulis ialah berkenaan tindakan demonstrasi oleh pelajar Uitm seluruh Malaysia sendiri yg diketuai oleh YDP MPP masing2..Syabas saya ucapkan kerana berani bersuara demi kepentingan bersama ttp apa yg penulis dapat lihat sekarang ialah di mana pada masa hadapan kelak paragraduan Uitm sendiri akan di pinggirkan oleh syarikat2 yg dipelopori bangsa lain..Bagi mereka tindakan ini adalah bersifat perkauman dan bagi penulis para pelajar tidak perlu berdemo seperti itu, kita biarkan pengurusan dan menteri yg berkenaan selesaikan isu ini...Penulis risau graduan Uitm yg bakal menamatkan pelajaran menghadapi kesukaran untuk peroleh pekerjaan yg mereka inginkan dan menanti utk bekerja dgn kerajaan...Penulis berdoa agar hal ini tidak akan berlaku sama sekali walaupun ada segelintir blogger yg menghasut ke arah yg tidak sihat ini..

Penulis berharap, pelajar Uitm tumpukan kepada study anda dan fikirkan bagaimana ingin menjadi seorg produk Uitm yg berdaya saing di alam pekerjaan nnt..Kita buktikan kepada masyarakat yg masih buta ttg kemampuan kita sebagai pelajar UITM..

Wassalam..UITM DI HATIKU..




Saturday, August 9, 2008

Alhamdulillah, syukur kita kepada hadrat Illahi kerana negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan ke 51 pada 31 Ogos ini..saya berharap negara kita sentiasa aman, harmoni dan tidak diganggu oleh mana2 anasir yg tidak berniat baik dgn Malaysia..Amin..

Kepada anak bangsa, kita jgn mudah lupa dengan apa yg kita dapat kini adalah dari hasil perjuangab datuk nenek kita dahulu..Teruskan cita2 kita tanpa melupakan asal usul kita sendiri..InsyaAllah...

Saya ingin membuat ulasan serba sedikit APA ITU KEMERDEKAAN...

Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki. Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Riak, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
Inilah dia yang dikatakan Kemerdekaan Sejati...

Wassalam...

Ermm..hari ni hari sabtu..hari yg sgt panas dan memenatkan..hari ni je saya pergi ke majlis kahwin 2 org kawan, satu kat klebang n satu lg kat serkam..Alhamdulilah majlis kedua2 rumah berjalan dgn baik..even cuaca agak panas para jemputan ramai yg datang..semuanya cari air dulu..haus beb..

dlm kul 1.15, saya bertolak ke serkam plak..ke rumah pengantin ke-2..khair syakira nama dia & nazril shah musa nama suaminya..dua2 ni kawan saya masa kat itm dulu..masa diploma dulu..lama gak dorang bercinta at last kawin..klu jodoh tu tak ke mana ye x?..kat sini saya jumpa ngan hazri, rahman, hanafi, kak ainy ngan kak wani...Alhamdulillah kak ainy tgh tuggu nak bersalin je tu...sarat sgt2..hhehehehehe...tema umah khair yellow color..terang sgt lak rasanya..kat serkam saya xmkn sbb dh kenyang just minum cendol je ngan wife saya...cendol mmg besh...)

syukur, hari sabtu ni semuanya berjalan ngan lancar xde sebarang masalah..ini semua kerana kehendak Allah yg mengaturkan perjalanan kita dgn baik..

kepada para pengantin..saya dan isteri ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTI BARU, MOGA KEKAL KE ANAK CUCU K...peace...wassalam...

Thursday, August 7, 2008

kenapa saya memilih tag line tersebut adalah kerana saya dibesarkan dan disekolah di Ampang, Selangor..ada org kata ampang tu kl tp secara geografinya ampang ni kat selangor lah beb...saya bersekolah tadika di Dato Keramat, Kuala Lumpur, sekolah rendah di SRK Jalan Gurney 2 KL dan bersekolah menengah di Sekolah Seri Ampang, Kl...

Byk kenangan saya ngan kengkawan seangkatan masa di Kl..terlalu byk..ada yg manis & ada yg pahit maung...sbb time tu kita k membesar pastu terlalu byk dugaan dan godaan yg dtg..ngan pengaruh muziknya, pengaruh sukannya, ngan aweks2 nya dan mcm2 lagilah...saya akui pengalaman membesar di kl suatu yg menyeronokkan tp dalam hal ini juga saya bersyukur berpindah ke melaka bersama parents saya..Kenapa?

jawapan dia mudah..terlalu byk pengaruh dan hiburan yg boleh melalaikan saya di kl nnt sbb masa dibangku sekolah lagi saya dah involved dalam byk hal..dgn pergerakkan undergroundnya, pengaruh muzik, pergaulan yg xde batasan (bukan saya ye tp kawan2 saya yg lain)..mmg ada yg xbersetuju dengan jawapan saya tp bg saya ia menyelamatkan saya dari benda2 yg bakal saya hadapi masa depan kelak..mmg benar jika kita perlu kawal diri kita tidak terjebak dlm benda2 mcm ni tp bila syok sudah sampai maybe ia akan jd habit kita...

melaka, mmg best...xdelah sibuk mcm kat kl...even tmpt nk melepak kurang tapi enviroment kat sini buat saya jatuh cinta kat melaka...cinta pandang pertama le..makanan kat sini sedap2, murah lagi, xpening kepala bila jem...dapat kumpul byk duit (penting ni) & etc...

tp kedua-dua destinasi ni ada lebih dan kurang tinggal kita yg pandai menilai yg baik dan yg mana yg buruk tanpa sikap prejudis dengan sesiapa pun..salam...

semua manusia ada impian atau angan2 masing2..mcm saya juge ada impian & angan2 sendiri tp kadang2 tu impian kita melebihi kemampuan kita untuk mencapai apa yg kita mampu lakukan..
saya inginkan sesuatu yg bernilai bagi diri saya..Alhamdullilah, sekarang ni impian berkahwin dah pun kunjung tiba tp saya ada lagi impian dan angan2 yang perlu dicapai..apa ek impian & angan2 tu..

bagi saya lebih mudah kita berangan2 dari kita menanamkan impian pada diri kita..sbb angan2 ni just an fake imagination dari kita sendiri untuk puas kan hati buat seketika tp bagi impian pula ia akan jadi satu dorongan untuk kita jd lebih power, cekal n tahan lasak...org tua2 pun selalu cakap "pasang impian kita dari muda nnt dah besar kita tau kita nak ke mana"..klu word berangan plak "ko ni asyik berangan je tp kejer x siap"..ermm satu contoh yg mudah difahamikan..hehehehe..positif & negatif...

impian saya nak jd someone yg berjaya dalam hidup..ada anak2, dapat buat amal ibadat tanpa halangan dan financial freedom..dari segi material plak saya idamkan sebuah superbike yg boleh bawa isteri saya keliling malaysia ni..tp saya mesti fulfill dulu keperluan dalam diri untuk step forward...klu setakat impian & angan2 je tp klu tanpa tindakan..kantoi gak wei...hehehehe..saya ada pengalaman dalam kegagalan ni..mmg sakit..rasa xnak lalui lagi...tp nak buat camner benda dah lepas n hidup mesti terus...

kadang2 tu kita lihat anak2 kecil dah ada impian masing2..tp angan2 lagi lebih lagi lah..bila tanya nak jd apa nnt..ada yg nk jd askar le, polis le, doktor le tp takde satu pun yg nk jd ustaz atau ustazah..hehehehe...klu angan2 plak..nk jd gaban le, transformer lah etc...

apa2 pun impian & angan2 tu kena jalan seiring..mana yg patut didahulukan..kita dahulukan n vice versa...capai apa yg kita termampun dahulu dan saya percaya semua insan ada kelebihan masing2 yg amat ajaib jika diteroka dengan betul dan yakin....salam...

nama saya mohd husry abdol seman.dilahirkan pada 27 ogos 1982 di kuala lumpur bandaraya yg penuh pancaroba.aku dilahirkan tepat pada pukul 3.21 pm waktu tempatan n alhamdulillah saya sihat sampai sekarang itu pun dengan izin-Nya jugalah..saya nk citer sikit apa yg mak saya citer kat aku masa nk bersalin kan saya ni...masa mak saya mula rasa sakit nak bersalin pihak hospital dah scan perut mak saya & doktor tu cakap semuanya normal xde apa2 masalah..baby pun dalam keadaan normal n dah ready dah nak kuar tp dalam pukul 3.15 pm mak saya rasa lain macam dalam perut dia & terus panggil doktor pastu daoktor sahkan saya dah berada dalam keadaan sonsang..doktor cuba perbetulkan tp baby dalam perut tu buat tak tau je sbb dah malas nak pusing2 lagi le..penat le kawan...at last terpaksa lah mak saya bersalin kan saya secara songsang..its take time sbb doktor kena betul2 concentrate dlm hal ni sbb takut baby yg nak kuar nnt lemas atau tangan baby boleh patah..

Alhamdulillah..baby tu selamat di keluarkan tp tak habis lagi story ni..lepas je keluar dari mak saya, doktor dapati saya tak bernafas even menangis pun..muka saya dah pucat, jari dah biru sbb doktor risau dah kemabali ke Rahmatuallah le..doktor tepuk punggung saya..(sakit tu wei..ingat punching beg ke)..pergi bawak emergency room gi bersihkan lendir yg ada dalam hidung n mulut saya....

Syukur..dengan kuasa Allah S.W.T saya dah mula menangis n bernafas secara normal..tp still dibawah penjagaan doktor ngan nurse2 yg feeewwiiiiiittt....abang n kakak saya semua suka dapat baby yg comel n putih melepak..hehehehe...
bila doktor dah bg green light semua normal, abah saya terus dukung saya n terus azankan saya dengan penuh kasih sayang n kegembiraan...

Bila time nak bagi nama plak..semua bagi cadangan nak bagi nama untuk baby ni..abah saya nak bagi mohd johan, mak saya plak nama mcm kampung2 ckit at last arwah atok saya yang suruh bagi nama Mohd Husry Abdol Seman...dia ckp dalam Quran ada...so parents saya pun teriam lah nama tu sbb nk menghormati permintaan org tua dia kan...2 bulan lepas say bersalin atok saya pergi menghadap Illahi buat selama2nya & saya x dpt jumpa dia..Moga Rohnya dicucuri rahmat-Nya..Amin...

ok..kita jumpa di lain episod k...salam...

Salam semua..

this is my first time aku masuk dalam dunia blog ni sbb aku tgk kengkawan aku mostly lah ada blog masing2..mmg menarik sbb dapat share apa yg kita lalui dalam hidup kita ni..yg manis & yg pahit..tp tu semua bergantung pada kita gak lah nk create our blig camner kan..nak radical ke atau nak santai2 ke atau nak bantai org lain..ITU HAK KORANG LE kan...

apa2 pun blog aku ni universal lah..semua aku blh masuk n dibincangkan..dari sukan sampai le ke politik tp yg 18SX tu tak boleh lah ye nnt jd isu plak..kuikuikuikui...semua komen dialu-alukan xde double standard...korang kejer despatch ke, kerani ke, doktor ke, majistret ke semua kawan aku as long kita tau respect each other k..

k geng..jumpa lagi dilain episod..chios...

 

blogger templates | Make Money Online